Pages

Tuesday, January 7, 2014

PTE Menerima Pengerusi & Penasihat Baru!

Sukacita dimaklumkan yang Pusat Tuisyen Efektif (PTE) dengan rasminya menerima seorang anggota baru iaitu Yang Berbahagia Puan Noorhaida Sukardi yang akan berperanan sebagai Pengerusi dan Penasihat untuk pusat tuisyen ini.


Cikgu Noorhaida Sukardi, berkelulusan dari Leicester University, United Kingdom dalam bidang Chemistry dan Diploma dalam Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 25 tahun di sekolah menengah untuk subjek Kimia, Fizik & Sains. Beliau merupakan pembina soalan percubaan SPM untuk negeri Johor (2000-2007) dan Kedah (2008-2013). Beliau juga pernah menjadi jurulatih ETeMS (English for Teaching Mathematics and Science) dan KOASMS (Kurikulum Matematik & Sains). Beliau telah dijemput untuk memberi ceramah teknik menjawab Kertas Kimia 2 SPM di sekolah-sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah- sekolah menengah di seluruh negara. Sila lihat sijil-sijil diterima beliau dari pihak sekolah dan kementerian pelajaran Malaysia:



 

Dengan kehadiran beliau, pastinya Pusat Tuisyen Efektif akan semakin maju dan berkembang hasil panduan dan nasihat dari seorang cikgu pakar yang mempunyai pengalaman mengajar berpuluh tahun. Selamat Datang  ke PTE Cikgu Noorhaida!

No comments:

Post a Comment