Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan izin-Nya, Pusat Tuisyen Efektif cawangan pertama di Seksyen U12 Shah Alam telah mula beroperasi pada hari Isnin 2/12/2013 yang lepas! Terima kasih dan tahniah kepada semua Team TE yang telah bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan dari segi infra dan juga team pengajar. Kami di TE dengan rasa rendah diri memohon anda semua dapat mendoakan keberkatan dan perlancaran perjalanan pusat tuisyen ini dan agar ianya bertahan lama untuk memberikan sedikit sumbangan dari segi pendidikan kepada anak bangsa. Terima kasih semua!
Untuk ibubapa & pelajar yang ingin datang melawat, anda dijemput ke pusat tuisyen ini pada hari biasa antara pukul 5 petang sehingga 10 malam. Untuk hari minggu sepanjang bulan Disember ini kami masih tidak beroperasi, tetapi boleh sahaja datang dengan menghubungi 018-377 5013 terlebih dahulu untuk kami pastikan staf kami berada di sana untuk menyambut Tuan/Puan. Terima kasih.
