Pages

Wednesday, January 29, 2014

BERITA BAIK UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5!

SEMINAR TEKNIK EFEKTIF UNTUK MENULIS PERSAMAAN KIMIA

Menulis persamaan untuk reaksi kimia ialah skil yang pelajar Tingkatan 5 perlu mahir untuk menguasai subjek Kimia, seterusnya mendapatkan markah yang baik dalam Kertas Kimia SPM mereka. Pengiraan jisim, isipadu dan juga mol selalunya akan melibatkan persamaan kimia. Oleh itu kelas intensif 3 jam ini merupakan ulangkaji yang baik untuk para pelajar.

 


Seminar ini mengandungi:

i) Cara yang betul menulis persamaan kimia yang penting
ii) persamaan kimia yang relevan
iii) mengimbangkan persamaan kimia
iv) menggunakan persamaan kimia untuk mengira jisim, isipadu, mol dan bilangan partikel.

Seminar ini akan dikendalikan oleh Cikgu Noorhaida Sukardi, guru Kimia selama 25 tahun yang juga merupakan penceramah teknik menjawab Kertas Kmia SPM. Maklumat:

Tarikh: Khamis, 30hb Januari 2014
Masa: 2 slot untuk dipilih, 9-12 pm atau 4-7 pm
Peserta: 15 pelajar sahaja per slot
Yuran: RM50
Nota & snek disediakan
Lokasi: Pusat Tuisyen Efektif Seksyen U12, Shah Alam

Sila hubungi Cikgu Noorhaida - 0177673112 atau Cikgu Raheel - 0177153143 bagi menempah tempat duduk anda hari ini! Tempat terhad

GOOD NEWS FOR FORM 5 STUDENTS!

EFFECTIVE TECHNIQUE TO CHEMICAL EQUATIONS SEMINAR

Writing chemical equations for chemical reactions is a skill that form 5 students must master so as to do well in their chemistry lessons and of course their SPM chemistry papers.
Later calculations of masses, volumes as well as mole generally will involve the chemical equations. So, this 3 hours intensive seminar is a good revision for the form 5 students. 


 


Seminar comprised of:

i) the correct method of writing important chemical formulas,
ii) relevant chemical equations ,
iii) balancing chemical equations
iv) and finally using the chemical equations to calculate masses, volumes, moles and even the number of particles.

Seminar will be conducted by Cikgu Noorhaida Sukardi.
Details:

Date: Thursday, 30th January 2014
Time: There are 2 slots, 9 am-12 pm & 4-7 pm
Seats: Max 15 students per slot.
Fees: RM50 per student
Notes: Notes & snacks are provided.
Venue: Pusat Tuisyen Efektif Seksyen U12,Shah Alam

Please call Cikgu Noorhaida - 0177673112 or Cikgu Raheel - 0177153143 to book your seats today! Seats are limited

Tuesday, January 7, 2014

PTE Menerima Pengerusi & Penasihat Baru!

Sukacita dimaklumkan yang Pusat Tuisyen Efektif (PTE) dengan rasminya menerima seorang anggota baru iaitu Yang Berbahagia Puan Noorhaida Sukardi yang akan berperanan sebagai Pengerusi dan Penasihat untuk pusat tuisyen ini.


Cikgu Noorhaida Sukardi, berkelulusan dari Leicester University, United Kingdom dalam bidang Chemistry dan Diploma dalam Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 25 tahun di sekolah menengah untuk subjek Kimia, Fizik & Sains. Beliau merupakan pembina soalan percubaan SPM untuk negeri Johor (2000-2007) dan Kedah (2008-2013). Beliau juga pernah menjadi jurulatih ETeMS (English for Teaching Mathematics and Science) dan KOASMS (Kurikulum Matematik & Sains). Beliau telah dijemput untuk memberi ceramah teknik menjawab Kertas Kimia 2 SPM di sekolah-sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah- sekolah menengah di seluruh negara. Sila lihat sijil-sijil diterima beliau dari pihak sekolah dan kementerian pelajaran Malaysia:



 

Dengan kehadiran beliau, pastinya Pusat Tuisyen Efektif akan semakin maju dan berkembang hasil panduan dan nasihat dari seorang cikgu pakar yang mempunyai pengalaman mengajar berpuluh tahun. Selamat Datang  ke PTE Cikgu Noorhaida!

Monday, January 6, 2014

Jadual 2014*


jadual pusat tuisyen shah alam
Sila klik imej untuk besarkan

*Jadual ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa